KRS IN MY HEART
Assalamualaikum . Lama tak berblog . Lama ? Takdo lah lama sangat . Korang sihat tak ? Aq sihat je . Hahahaha , hari nie nak cerita pasal kawad . Last week , kitaorg ada pertandingan kawad . 15 April 2013 . Aq akan ingat tarikh nie sampai bila-bila . Itu adalah pengalaman pertama , aq pergi bertanding untuk kawad . Bangga weii ! Aq wakil sekolah kowtt . Kitaorg tidur dekat sekolah , sehari sebelum lawan tuh . Macam-macam yang terjadi . Paling tak boleh blah , punyalah semangat datang sekolah tepat pukul 9 . Last-last , tak buat apa pown . Petang , baru start aktiviti . Pagi tuh , kitaorg memang bosan gila ! And then , baru terfikir . Ambik gambar ! Yess , perkara yang paling bagus ! Mula lah , sesi fotografi kitaorg . Macam-macam style ada . Masing-masing nak tunjuk bakat . Lepas shooting , lepak dewan . Ada yang sambung kiwi boot , ada yang tidur , ada yang makan ( kami lah tuh ) , ada yang gossip , semua ada lah ! Then , Farah call . Dia ajak pergi rumah dia . Kononnya ada birthday party . Konon tau . Wahh ! Like seriously , jalan pergi rumah dia sungguh adventure . Macam latihan PLKN . Kena panjat pagar , lalu dekat lombong , bagai-bagai . Sampai je dekat rumah Farah , kebingungan melanda ~ ' Aik ? Kata ada birthday party . Kenapa takde orang pown ? ' Lahh , rupanya belum mula lagii . Ingatkan tetamu dapat makan free , ghuponya idok . Kena tolong pulak . Farah betul-betul buat lawak ! Selesai tolong , sesi fotografi lagi . Hehehehe . Main kahwin-kahwin , dekat kedai akak Farah . Berposing lagi sekali kami nie . Yeayy ! Dah pukul 2.30 . Balik sekolah balik . Tekanan perasaan , aq dengan Farah nie o-' Semangat dah , jalan laju-laju . Sampai dewan , mana semua orang ? Kak Jannah kata , pukul 4 pulak dah . Lagi bengang ! Tak sempat nak makan ! Bengong ! Lepak lah sampai pukul empat . And then , perkataan nie dah berkumandang . " Tiga barisan di hadapan saya . Dalam kiraan sepuluh . 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 . " Kitaorg buat latihan . Buat lah menjelajah , sampai bukak barisan . SPOIL . Kami ulang , ulang , ulang dan ulang . Dalam hati , dah tau dah . Mesti kena DENDA punya . Seperti biasa , nuckle menanti . Lepas kena denda , kena nasihat pulak . Berejem-rejam . Sesi meluah perasaan . Mula-mula Sue Piyah , lepastuh , Kak Emma . Bila Kak Emma pergi je depan . Dia terus menjerit . Segala isi hati dia , dia luahkan . Jadi , yang tukang nangisnya aq lah . Mula-mula Yaya tak nangis , tiba-tiba dia pown join sekali . Nangis bagai nak rak . Aq terbayang segala benda . Aq terbayang time , aq menangis sambil tweet tuh . Pasal apa ? KAWAD . Setiap hari , aq menangis pasal KAWAD ! Seminggu sebelum pertandingan , aq memang menangis je setiap malam . Segala masalah aq , aq lepas dekat mana ? TWITTER ! Aq terfikir , mak aq tak kasi aq masuk kawad . Tapi , aq kesian dekat diaorg semua . Aq masuk balik . Susah-susah aq datang latihan balik semula , tapi yang SELFISH tuh boleh senang-senang je . Belum kes kena maki . Budak kelas Bestari , asyik kena attack dengan cikgu-cikgu . Still sampai sekarang pown , cikgu masih nak mengungkit . Tak tau lah . Aq rasa , dekat mata diaorg KRS nie hina sangat kowtt ! Terima kasih CIKGU ! Cikgu dah buat kitaorg sedar . Masalah aq kecik je . Tak cukup besar . Kalau nak diceritakan masalah Yaya , lebih perit weii . Tak kuasa aq nak cerita . Aq terbayang semua benda tuh . Time tuh , rasa macam dah kena rasuk . Air mata , tak berhenti-henti . Kak Jannah , cuba tenangkan kitaorg . Dalam masa yang sama , perkataan yang aq boleh cakap " AQ TAK KUAT " Itu je yang aq asyik cakap dekat Yaya . Segalanya tenang , selepas 20 minit berlalu . Aq dengan Yaya , pergi tenangkan diri . Lepas cuci muka bagai , pergi dekat padang menjerit . Ok , aq dah puas ! Malas nak memenatkan jiwa dan raga . Menangis ? Tak jadi apa-apa . Sambung kawad balik . Kawad 5 minit kejap , lepastuh bersurai . Ambik-ambik barang , gerak pergi asrama . Nak mandi , tandas FULL . Berkelah dekat luar , sambil tweet . Kami orang terakhir yang mandi . Takpe , kami BMW ! Lepas mandi , bawak perkakas bagai pergi dawan . Dinner time . Wooooo ! Malam tuh , pakai baju Manchester City . Arul dengan Syamim bengang je . Boleh pulak cakap , " tak sokong Chelsea tak dapat air fresh . " Apa kena mengena ? Tau lah korang CHELSEA ! Manchester City lawan Chelsea . MC menang . Wahahahaha , kasihan kalian . Lepas makan , gosok baju , jahit lencana , senang cerita kemaskan UNIFORM . Malam tuh , Cikgu Faridah bagi ceramah . Bukan ceramah lah , macam semangat . Something like that . Lepas kena ceramah , buat kawad ! Malam-malam buat kawad . Ini menarik . Best gila Formasi budak lelaki . Kitaorg pown kawad jugak . Tapi , as usual kena denda . Lepas habis kawad . Ambik barang dekat dewan , pergi dekat surau asrama letak semua barang-barang tuh . Yang lain , semua dah ambik port . Aq dengan Yaya merayau . Baru teringat Dayang , ajak Dayang gossip sekali . Kitaorg tengok budak laki kawad . Sampai pukul 1 lebih . Masih tak mengantuk . Pergi asrama lagi sekali , kali nie Dayang pesan bawak keropok dia . Pergi-pergi , diaorg kena marah . Sebab bising sangat . Kitaorg buat tak kesah , keluar lagi sekali . Bawak keropok Dayang . Sambung gossip dekat dewan pulak . Gossip punya gossip , keropok pown habis . Lepastuh , Kak Athirah jemput kitaorg tidur . TAKNAK ! Tapi , dia suruh duduk dekat asrama . Ok fine ! Dayang tidur jugak akhirnya . Yang tak tewas , dua sekawan . WAHIDAH dan YAYA . Kami berbuih sepanjang malam . Cerita pasal Amjad lah , Wan lah apatah lagi . Tengok jam , dah pukul 2.30 . Nak mandi . Best gila mandi malam-malam . Aq , Yaya . Ain dengan Atikah je tak tidur . Kitaorg mandi dulu . Bising-bising dalam tandas tuh . Dah pukul 3 , kitaorg kejut semua orang . Kitaorg dah siap-siap nak keluar . Keluar dengan Kak Athirah . Pak cik guard tuh , buat problem pulak . Tak kasi , kitaorg keluar . Dia merepek macam mintak penyepak ! Tiba-tiba , aq ternampak pintu belakang . Dengan geliganya , keluar kowt pintu belakang . Sampai dewan , takde orang lagi . Diaorg suruh tidur balik ? Diaorg cakap pukul 6.30 lah . " Hah ? Tadi cakap pukul 4 . Semua orang dah bangun ! " Suruh diaorg tidur balik . " Pergi balik asrama . Dengan hampanya , semua sambung tidur balik . Aq pown mengalah , tidur jelah Yaya kejut , " weii bangun . semua orang dah siap . " Dengan muka tak tahu malu , aq menggeliat dekat situ . Waktu yang dinanti-nanti kan . Siap-siap pakai uniform , terus gerak naik bas . Baru 5 minit dalam bas , aq dah KO . Pening ! Sepanjang perjalanan , aq tidur . Dekat 1 jam lebih . Destinasi yang dituju , akhirnya sampai . Alhamdulillah . Tiger Family dah sampai . Pergi dekat tempat tunggu giliran , dah nampak SHARK FAMILY . Ok ! Tenang . Keluarga kami , buat muka POYO sikit . Sampai-sampai je , siap-siap pakai barray bagai . Lepastuh beratur . Dah hampir giliran kitaorg . Tak cuak sangat . Diaorg bagi makan roti , perghh . Time tuh , rasa macam nak membuang je . Ok , kitaorg pown gerak pergi dekat tempat check pakaian . Kena naik bukit lah bhaii ! Masa check pakaian , takde lah lama mana . Muka hakim tuh , serious lawak . Lagi lawak daripada muka Kak Athirah , Kak Jannah , Kak Yana , Kak Emma , Kak Fadhilah semua tuh . Dah lah pendek . Maaf ye HAKIM ! Berpeluh-peluh , masing-masing . Masih tenang . Nak pergi tempat lawan pulak , kena naik lagi bukit . PANCIT gilaaaaaa ! Waiting ~ Tunggu giliran nak buat persembahan . IT'S OUR TURN ! Penantian selama 5 bulan . Akhirnya terjawab . Saya akan merindui yang ini . " Attention Guys ! Whoooppp . Attention gegar ! Haaaahhuuss ! Are you ready ? Yes Sir ! Are you ready ? Yes Sir ! Are you ready ? Yes Sir ! Takbir ! Allahuakbar ! Takbir ! Allahuakbar ! Takbir ! Allahuakbar ! Siapa jurulatih kita ? Siapa ? Abg Pah ! Siapa ? Abg Pah ! Siapa ? Abg Pah !" Kalau korang perasan , ada sorang hakim perempuan nie terus berdiri . Siap senyum lagii !
Persembahan kami , tak seperti yang diharapkan :'( Lepas habis , aq terus salam Kak Athirah . Aq menangis . Aq mintak maaf dekat dia . Dia cakap takpe . Blablablablablabla . Kitaorg terus kembali ke khemah . Minum semua . Budak lelaki tanya , Ok tak ? Jawapannya . Tak OK ! Aq pulak , kelam mencari air . Sampai 2 botol aq kebas . Budak lelaki , tengah siap-siap . Ada yang cari but lah , ada yang baru nak kiwi . Mereka nie tak betul ! 1 jam lebih , tunggu budak lelaki nak buat persembahan . PKBM dah siap . Masa budak lelaki nak buat persembahan , time tuh jugak , kitaorg kena HALAU ! Banyak kali , kena halau ! Takpe , kami tenang . Dah lah lapar gilaaaa ! Tak dapat makanan . Semua kata , sedap nasi ayam tuh . Menipuuuuu ! TAK NAK KAWAN :'p . Dah settle pasal persembahan . Tiba time penutup . Sekolah kami , yang paling santai ! PAKAI SELIPAR . Setengah jam , berdiri dekat tengah panas . Dengan selipar lagi , rasa macam nak bukak je selipar tuh . Serupa je tak payah pakai selipar . Masing-masing tak boleh duduk diam . Kacau orang sebelah lah . Paling tak boleh dilupakan , kitaorg panggil Danial Kaisah mintak air . Tiba-tiba orang kecemasan tuh yang datang . Malu gilaa . Orang tuh dah semangat . Orang umum pemenang dekat depan , kitaorg buat kepala sendiri . SMAKL banyak menang . TAHNIAH ! Kitaorg besorak bagai-bagai . Semua sekolah , kitaorg tolong sorakkan . SMAKL , CHONG HWA , RAJA ABDULLAH pown . Sampai orang sebelah pown pelik , nie sekolah mana ? Kak Athirah menang , KP terbaik . Kami bangga dengan akak ! Bila sampai part KRS , kitaorg lagi gembira . Walaupun dah tahu , kekalahan itu pasti . Taknak tunjukkan kesedihan . KRS lelaki , no 3. Raja Ali , no 2. SMAKL , no 1. RAJA ABDULLAH . Seperti biasa . KRS perempuan , no 3.SMP no 2. SMAKL , no 1 . RAJA ABDULLAH . Seprti biasa . Juara bertahan . TAHNIAH kepada semua yang menang . GO ke , NGO ke . Semuanya TAHNIAH !
Kitaorg balik , dengan kepenatan . Alhamdulillah . Berjaya , pergi dan pulang dengan selamat . Walaupun kami kalah , tapi tetap berbangga . Berbangga dengan ukhwah yang telah terbina . Harap ia terjalin selamanya . Amin . KRS takkan mati dalam hidup aq . Cikgu , kami sedar . Walaupun kami pulang dengan kekalahan , walaupun kami tak dapat nak bangga kan nama sekolah . Tapi , kitaorg tak peduli semua itu . Yang kami peduli UKHWAH ! UKHWAH cikgu . Susah sangat ke nak faham ? Kemenangan bukan segalanya . Ukhwah segalanya . Ukhwah lah yang telah sedar kan kitaorg . Sedar daripada sifat pentingkan diri . Sedar daripada semangat kekitaan . Sedar segalanya . Dari KRS , aq belajar banyak benda ! Belajar untuk hormat orang lain , belajar tepati masa , belajar untuk berkerjasama , belajar untuk tak jadi selfish , belajar mengenal erti kasih sayang , belajar untuk bersabar , belajar untuk terima kekalahan , belajar untuk tak cepat mengalah , belajar segalanya ! Terima kasih cikgu . KRS dunia kami ! Kekalahan bukan penghalang bagi kami , untuk terus maju kehadapan . Memang kitaorg kalah ! Tapi , kitaorg masih boleh terima segalanya ! Allah telah merancang semuanya . Ada hikmah di sebalik semua ini . Bersabarlah wahai teman , wahai akak-akak , wahai adik-adik . Terimalah ujian ini dengan setabah-tabahnya . Allah sedang menguji . Jangan terus memikirkan kesalahan , tetapi usahalah untuk perbaiki kesalahan . I'm proud to be KRS SEMERA . I'm proud to be TIGER FAMILY . KRS IN MY HEART . Terima kasih Ya Allah . Aku bersyukur padaMu . Alhamdulillah .
Lampau